Sampai jaa di rumah, nak kata hati panas pun takdak laa, first time... biasalah. Aku pun dengan tidak buang masa buat research skit laa dalam you tube pasai casting ni, maklumlah teknik baru belajar. Research punya research banyak laa finding yang aku jumpa :- alatan, teknik, umpan, lokasi dsb. Pendek kata almost all lah. Maka petang tersebut aku pun bermuhasabah utk mempertingkarkan skill aku dalam mengasting nih yakni memburu haruan.
Internet amat berguna terutama dalam kes aku ni untuk mengetahui selok belok casting haruan kerana terdapat banyak forum2 dan blogger yang boleh tunjuk ajar, yalah makin banyak yang bagi pandangan makin banyaklah buah fikiran dan idea yang kita dapat.
Antara findings aku yang simple ialah:-
- Haruan ni adalah ikan pemangsa yang gemar menghendap mangsanya, kadang-kadang haruan ni juga suka scout atau recce laa area jajahan takluk dia. Kalau haruan ni dalam mode menghendap mangsa, ia akan melepak di dasar tepian kolam, parit dsb yang cetek sambil menunggu mangsanya jatuh. Contohnya katak padi melompat ke dalam parit untuk melintas parit berkenaan, bunyi kocakan air tatkala jatak itu melakukan aksi dive menyebabkan haruan akan mendekati tempat berkenaan (dia akan recce (riki) dulu). Haruan akan mengikut renangan katak (stalk) dan cuba menyambarnya. Soo balinglah gewang seperti katak dive, dan buatlah gewang berenang seperti katak. Selalunya balingan pertama akan pancing haruan dari tempat persembunyiannya, balingan kedua dan seterusnya membuatkan dia mengikut umpan berkenaan dan cuba grab umpan.
- Hmm finding kedua ni, menggetarkan poketku..., bagi aku kalau alat tak kena gaya, susahlah nak capai objektif, maka hati terliuk-liuk nak cari rell jenis bait cast tapi bukan reel ja bait cast, satu set lah jawabnyer.
Agak-agak pernah tengok tasik ni, haa
No comments:
Post a Comment