Monday, September 23, 2013

Ikan Kapas series 1

Minggu lepas, waktu pagi, hari Ahad aku pi Jeti Sungai Merbok di Semeling (local refer as Jeti Semelin), pi melihat aktiviti di Jeti ni, kelihatan ramai pemancing memancing di jeti  mungkin kerana masa tu air pasang besar. Maka aku pun menyapalah salah seorang pemancing di jeti ni tentang ikan yang dipancingnya.

Dialognya lebih kurang begini:-

A: Banyak dapat ikan bang.
P : Bolehlah..
A: Ikan apa ni bang?
P:  Kapas
A: Umpan apa bang?
P: Umpun-umpun kalau kau pakai udang pasar yang kecik-kecik pun boleh
P: Tak kenal ikan kapas?
A: Saya tak kenal bang, ikan kat market tu kenal lah sikit-sikit. Ikan muara sungai ni saya tak berapa pandai.
P: Ikan kapas ni kalau goreng sedap...ada rasa lemak-lemak dia skit.
A: Mata kail saiz berapa abang pakai.
P:  Saiz 5
A: Ok bang selamat! (Selamat memancing)
P: Ok ok

Ha dapat suatu ilmu...target pas ni mestilah pi market (pasar) cari udang..lepaih tu mata kail saiz 5, kedai Pancing Taman Pekan Baru ada kot?


Gambar ni adalah untuk artikel yang akan datang

No comments:

Post a Comment