Ceritanya sebelum tu aku pi market pi beli udang putih dan mata kail saiz 5, cari umpun umpun "rata cherok" (sekitar) Sungai Petani tak tau tang mana. Maka aku pun kelam kabut pi Jeti Semelin. Umpan udang tu aku campakkan betui-betui kat tiang anjung utama jeti tu.
Tiba tiba ada dua sentapan yang agak lanjut mengena joranku, nak dikarau laju-laju reel ni, takut nanti tak sempat mencangkup kail...hmmm biarkan seketika kot. Dalam jangkamasa aku berfikir tu... ada dua lagi sentapan yang sama menyusul...hah soheh (sahih) lekat kot. Reel pun aku karau slow-slow sampai saja kat permukaan rasa joran agak berat. Mau tak nya..ikan buntal nak dekat sebesar botol minyak masak 1kg berjaya didaratkan (nak dekat senja dah). Dalam hati happy jugak laa dari "kumpoww berdarah" (slang pemancing apabila tiada langsung ikan diperolehi).
Apa jadi kat ikan tu...? Sebelum tu, ada ler sorang mamat Cina yang agak keterujaan dalam dunia memancing ni mai kat Jeti Semelin, berbekalkan set pancingannya berjumlah seguni baja Nitrat mai dengan bersungguh memancing udang galah, tapi muka beliau agak hampa kerana apabila ditanya kat aku tempat memancing udang galah kot belah Sungai Petani ni aku pun tak tau. Tapi oleh kerana dia memperolehi ikan buntal yang aku nak C&R kan tu dia pun nampak happy balik.
Memang kalau pakai umpan udang putih, campak kat tiang, inilah hasilnya.
Sayangnya atas masalah teknikal, gambar berkenaan gagal diupload tapi spesis ikan buntal tu lebih kurang macam ni lah.
Buntal apa tah aku panggil Buntal Batik (Batik Lukis) dok Malaysia pakai batik lukis ler.
(credits to David Hajek at rybicky.net)
So finding yang aku dapat hari ni ialah ikan kapas memang tak berapa nak makan udang putih.
No comments:
Post a Comment