Saturday, October 5, 2013

Ikan Kapas Series 3

Nak dijadikan cerita hari Sabtu keesokkan harinya  aku pi lagi Jeti Semeling ni, maklumlah sekarang adalah musim ikan kapas. Kalau dilihat di jeti ni memang banyaklah kaki pancing berderet memancing. Dari usia semuda 3-4 tahun hingga usia senja, maklumlah memancing ni rilek.

Pemandangan Jeti Semeling dari bahagian restoran Kompleks Pelancongan Hutan Paya Bakau Sg Merbok

Ada yang datang dengan keluarga memancing kat sini, seronok juga mai satu team walaupun kita tahu memancing kat Jeti Semeling taklah sehebat nelayan muara sungai tetapi ikut rezekilah. Banyak usaha banyaklah rezekinya.

Sampai ja kat port kosong, aku pun labuhkan casdung aku (umpan berkail dan batu ladunglah), umpan yang aku pakai ialah udang putih dari market. Tunggu punyalah lama, tapi tiada hasil, cuma kadang-kadang tu disapa oleh ketam nipah. Ketam nipah ni kesukaannya makan beradab - digetunya sikit-sikit umpan kita dari mata kail tu. Tengok macam ada tarikan pada hujung joran...angkat ja..aik habis umpan? Hairan!!

Bahagian bercermin tu orang selalu main kugiran (jamming), bahagian bereba tu kawasan kengkawan ikan belanak selalu main

Terlihatlah satu gerak-geri pemancing yang agak berusia ni, memang cekap. Tauk ja casdung dalam sungai terus strike ikan kapas, tauk jer, ikan kapas balas (makan umpan). Tapi memandangkan pak cik nampak bersungguh mungkin cari rezeki kat anak bini...arghh malaslah aku nak kacau. Mmm bangau lagi..

Tiba-tiba pandangan aku teralih dek gelagat dua orang caster melihatkan set Bait Caster yang mereka bawa. Seorang nampak agak berusia dan seorang lagi nampak macam muda awal 40an. Walaupun usia agak berbeza tetapi mereka nampak serasi dan dari gaya mereka kelihatan pandai menggunakan set BC, ada chance aku nak belajar dengan depa ni.

Tup-tup caster yang berusia ni menyapa dengan bertanya "Ada main BC tak?" lalu aku pun menjawab "Ada main tapi untuk haruan sajalah" lalu aku pun menghulurkan set gewang katak yang aku beli. Tapi perhatiannya lebih terarah kepada gewang jenis minnow bersaiz 5-6 cm jenama strike pro yang aku beli dulu. Tapi memandangkan dia pun macam nak try set BC dia, aku pun teruskan aktiviti aku petang tu sambil lihat depa dok cast...kalau tak salah gewang kot.

No comments:

Post a Comment