Friday, May 16, 2014

Ikan Bulan, Bukit Tengah, Penang siri 7

Trip kali ni, saya pergi dengan seorang rakan, kami pergi tiba disana lebih kurang jam 4.00 petang, lepas Asar dan minum petang kami pun mula meng"casting". Keadaan air sungai tersebut pada waktu berkenaan kelihatan agak tinggi daripada biasa. Faktor hujan semalam memungkinkan keadaan sebegini. Air sungai didapati melimpah ketepian berumput. Walaupun begitu, ikan bulan tetap mencakup, hanya rezeki belum berpihak kepada saya. Saya gagal menaikkan ikan bulan yang "hook up" sebanyak 2 kerana ketangkasan ikan bulan ini meng"gelepiaq". Senang sungguh ikan bulan ini membuang triple hook, macam nak kena bawak tangguk saja lain kali datang kalau macam ni. Rakan saya berjaya mendaratkan seekor ikan bulan (gewang mikro-triple hook) dan apabila di tanya rahsianya ialah "Kurangkan membuat ikan bulan meronta (tali jangan terlampau tegang - kalau tegang ia sakit- kalau sakit ia meronta, karauan juga dalam mode perlahan), dan ikut saja larian ikan bulan berkenaan, setelah sampai ketepian barulah angkat rod. Angkat rod biarlah berseni kurang 70 darjah ketepian, ini akan mengurangkan rasa sakit ikan berkenaan.


Gambar trip lepas - Rod diangkat terlalu tinggi membuatkan tali tegang dan ikan bulan mempunyai daya berlawanan untuk meluahkan gewang

Gambar trip lepas - Bye bye

Sembang punyalah panjang, kesimpulannya trip kali ni Kung Pow

Rod: Ajiking Cirino 4-8 lb
Reel: Daiwa Ryoga 1016L
Line: Ajiking Royal Pro 23lb
Leader: Ichiban Hybrid 1 20lb
Lure: Duo Spearhead Ryuki 50s (N10 dan D68)

No comments:

Post a Comment