Saturday, January 21, 2012

Testing Pancing Baru

Hari Sabtu minggu yang sama (lupa dah tarikh dia), aku pun pi laa satu kolam takungan air kat taman perumahan aku ni, mmm memang bersemangat laa nak casting konon. Agak lewat aku turun pagi tu, lebih kurang pukui 9.30 pagi Lempaq...gulung...lempaq... gulung.., ada buang kot setengah jam, naik lengoh tangan, hmm kat pukui 11 dah apa pun tak dak, had geng pancing statik pun dah blah, aku pun buat karawan kali terakhir dah balik rumah.

 Sampai jaa di rumah, nak kata hati panas pun takdak laa, first time... biasalah. Aku pun dengan tidak buang masa buat research skit laa dalam you tube pasai casting ni, maklumlah teknik baru belajar. Research punya research banyak laa finding yang aku jumpa :- alatan, teknik, umpan, lokasi dsb.  Pendek kata almost all lah. Maka petang tersebut aku pun bermuhasabah utk mempertingkarkan skill aku dalam mengasting nih yakni memburu haruan.

 Internet amat berguna terutama dalam kes aku ni untuk mengetahui selok belok casting haruan kerana terdapat banyak forum2 dan blogger yang boleh tunjuk ajar, yalah makin banyak yang bagi pandangan makin banyaklah buah fikiran dan idea yang kita dapat.

Antara findings aku yang simple ialah:-

  1. Haruan ni adalah ikan pemangsa yang gemar menghendap mangsanya, kadang-kadang haruan ni juga suka scout atau recce laa area jajahan takluk dia. Kalau haruan ni dalam mode menghendap mangsa, ia akan melepak di dasar tepian kolam, parit dsb yang cetek sambil menunggu mangsanya jatuh. Contohnya katak padi melompat ke dalam parit untuk melintas parit berkenaan, bunyi kocakan air tatkala jatak itu melakukan aksi dive menyebabkan haruan akan mendekati tempat berkenaan (dia akan recce (riki) dulu). Haruan akan mengikut renangan katak (stalk) dan cuba menyambarnya. Soo balinglah gewang seperti katak dive, dan buatlah gewang berenang seperti katak. Selalunya balingan pertama akan pancing haruan dari tempat persembunyiannya, balingan kedua dan seterusnya membuatkan dia mengikut umpan berkenaan dan cuba grab umpan.
  2. Hmm finding kedua ni, menggetarkan poketku..., bagi aku kalau alat tak kena gaya, susahlah nak capai objektif, maka hati terliuk-liuk nak cari rell jenis bait cast tapi bukan reel ja bait cast, satu set lah jawabnyer.


Agak-agak pernah tengok tasik ni, haa

Monday, January 16, 2012

Set Senjata Pancing Pertama TAHUN BARU CINA 2012

Lepas aku dapat bonus dari 2nd bos aku start balik memancing ni (bos cina), banyak juga di bagi, pendek kata aku memang aku simpanlah angpow pemberiannya (duit aku pakai laa). Seminggu lepaih dapat bonus tu, opis aku di "racun" oleh lab technician yang baru mendaratkan seekor haruan. Memang besarlah haruan tu, dia kata dia mancing area ladang sawit area dekat Stadium Batu Kawan. Maka sedikit demi sedikit aku mengorek teknik pancingan dia. Sedikit demi sedikit juga racun dia menggeletek nafsu aku untuk meruan nih. Maka dipendekkan cerita dia bawalah aku pi satu kedai mancing area Parit Buntar ni pi beli rod, reel, line, leader dan gewang (masa pi beli tu haram satu apa pun tak tau),lepaih beli baru tau mana best dan mana tak best. 
   
 Berikut adalah apa yang aku beli hari tu:- 

 1.Rod mounting spinning reel cap Fenwick Eagle GT, 6 kaki, lenturan medium heavy lure 7-28 gram, line 8-17lb.
   

2.Reel atau mesin cap shimano solstace 2500. 

3.Line Ajiking Royal Pro 23.8 lb 
   

4.Leader Chenlonla Mydad Super Shock 40lb dan
 

5.Seekor katak Mazzy frog habuan umpan
 

Mau dekat RM 450.00 jugaklah hari tu, tapi dalam hati mau syok...