Wednesday, May 21, 2014

Ikan Bulan, Bukit Tengah, Penang siri 8

Trip kali ini saya pergi bersama rakan yang sama, kali ini rezeki saya murah. Di samping itu saya sempat memberi teknik karauan kepada seorang kaki pancing disitu. Doa "Allah hummaftah alaina abwabal qhoiri..." yang saya baca dari buku "Ruqyah Asas Perbubatan Islam'' oleh Ustaz Dato Dr. Haron Din juga saya amalkan setiap kali membuat karauan @ "casting".

Keadaan air pada waktu kami tiba ada baru mula hendak pasang. Kelihatan "boiling" ikan bulan agak menggalakkan disamping aras air sungai yang agak rendah meningkatkan kebarangkalan memperolehi ikan bulan. Teknik karauan mengikuti larian ikan bulan yang diajar oleh kawan meningkatkan pendaratan ikan tersebut.


 Keadaan air waktu 6.30 petang




Member snap gambar

Saya snap gambar mamber (Sepatutnya saya snap lebih hampir) 

Rezeki petang tu

Jumlah tangkapan 4.40 - 7.00 petang

Friday, May 16, 2014

Ikan Bulan, Bukit Tengah, Penang siri 7

Trip kali ni, saya pergi dengan seorang rakan, kami pergi tiba disana lebih kurang jam 4.00 petang, lepas Asar dan minum petang kami pun mula meng"casting". Keadaan air sungai tersebut pada waktu berkenaan kelihatan agak tinggi daripada biasa. Faktor hujan semalam memungkinkan keadaan sebegini. Air sungai didapati melimpah ketepian berumput. Walaupun begitu, ikan bulan tetap mencakup, hanya rezeki belum berpihak kepada saya. Saya gagal menaikkan ikan bulan yang "hook up" sebanyak 2 kerana ketangkasan ikan bulan ini meng"gelepiaq". Senang sungguh ikan bulan ini membuang triple hook, macam nak kena bawak tangguk saja lain kali datang kalau macam ni. Rakan saya berjaya mendaratkan seekor ikan bulan (gewang mikro-triple hook) dan apabila di tanya rahsianya ialah "Kurangkan membuat ikan bulan meronta (tali jangan terlampau tegang - kalau tegang ia sakit- kalau sakit ia meronta, karauan juga dalam mode perlahan), dan ikut saja larian ikan bulan berkenaan, setelah sampai ketepian barulah angkat rod. Angkat rod biarlah berseni kurang 70 darjah ketepian, ini akan mengurangkan rasa sakit ikan berkenaan.


Gambar trip lepas - Rod diangkat terlalu tinggi membuatkan tali tegang dan ikan bulan mempunyai daya berlawanan untuk meluahkan gewang

Gambar trip lepas - Bye bye

Sembang punyalah panjang, kesimpulannya trip kali ni Kung Pow

Rod: Ajiking Cirino 4-8 lb
Reel: Daiwa Ryoga 1016L
Line: Ajiking Royal Pro 23lb
Leader: Ichiban Hybrid 1 20lb
Lure: Duo Spearhead Ryuki 50s (N10 dan D68)

Sunday, May 11, 2014

Ikan Bulan, Bukit Tengah, Penang siri 6

Ini merupakan kali keenam berturut saya ke Bukit Tengah, Penang untuk misi mendapatkan ikan bulan setelah trip 4 dan 5 gagal.

Keadaan air di kawasan berkenaan. Kiambang atau "feri" di gelar oleh pemancing tempatan kelihatan bertaut di jambatan berhampiran dan ini meningkatkan potensi memperolehi ikan bulan kerana tiada gangguan semasa karauan.

"Hook up" dengan ikan bulan yang agak "bertubuh"


Sebaik-baiknya gunakan playar untuk mengelakkan tangan daripada "hook up" juga.


Memastikan ikan berkeaadan segar sebelum sampai di rumah. Baldi ikan Sniper 1 gelen.


Lebih setegah kilo - rekod peribadi untuk tarpon juvenil

6 kali trip set yang saya guna.

Rod: Ajiking Cirino 4-8lb
Reel: Daiwa Ryoga1016L
Line: Ajiking Royal Pro 23lb
Leader: Ichiban Hybrid 1 20lb
Lure: Duo Spearhead Ryuki 50s, skema warna D68


Friday, May 2, 2014

Ikan Bulan, Bukit Tengah Penang, siri 5 "Ikan Pak Syed"

Ada ragutan tetapi tiada hook up.

Selang beberapa ketika muncul seorang caster yang saya baru kenali namanya Syed, dalam beberapa ketika beliau terus hook up dengan tarpon yang agak besar menggunakan Storm Flutter Stick Madflash skema warna Fire Tiger dan modifikasi minnow single hook. Syed ni bila hook up ja terus nak dikembalikan ikan tu ke sungai. Memandangkan ikan tu agak besar, saya pun ask kat dia. Tanpa hesitate dia pun bagi kat saya. Ikan Pak Syed ni saya try masuk dalam kolam, tetapi memandangkan komposisi ke"payau"an ayer tidak menepati citarasa ikan bulan berkenaan mati hari berikutnya. Hmm kalau masuk peti sejuk pun dah ada stock untuk pekasam.


Betty

Storm Flutter Stick Madflash skema warna Fire Tiger saiz kecik

Ikan Pak Syed

Ikan Bulan, Bukit Tengah Penang, siri 4

Seorang sifu mengajak casting bulan kat satu tempat yang dikenali sebagai Tok Kangar, Juru, Penang. 

Ada strike tetapi tidak dapat dinaikkan berikutan ikan bulan menggelepar dan menanggalkan gewang. 

Saya juga dengan tidak sengaja membuat "mee" pada spool dan menyebabkan kesukaran untuk menyusun semula tali pada spool dan leader baru perlu diikat. - Sifu tolong ikat

Berkenalan dengan seorang caster area Penang.

Makan kat Restoran Pelita Juru. Pastu balik. Balik dengan perasaan hampa. ;)


Thursday, May 1, 2014

Ikan Bulan, Bukit Tengah Penang, siri 3

Kali ni selepas direkemen penggunaan rod yang ringan oleh seorang sifu casting, saya pun pergi beli set rod casting ringan Ajiking Cirino 4-8lb di TCE Sg. Petani. Memang betul cakap sifu casting berkenaan penggunaan rod ringan membolehkan kita casting tanpa rasa lenguh dan sengal baru di samping menambahkan  kemahiran pengendalian rod casting.

 Hasil kali ni

Rod: Ajiking Cirino 4-8lb
Reel: Daiwa Ryoga1016L
Line: Ajiking Royal Pro 23lb
Leader: Ichiban Hybrid 1 20lb
Lure: Duo Spearhead Ryuki 50s, skema warna D68





Saturday, April 26, 2014

Ikan Bulan, Bukit Tengah Penang, siri 2

Selang 2 minggu kemudian saya ke tempat yang sama di Bukit Tengah, Penang. Banyak ragutan, strike seekor, itupun nyaris terlucut kerana kurang mahir mengendalikan larian ikan bulan nih.


Rod: Daiwa Ardito 8-16lb
Reel: Daiwa Ryoga1016L
Line: Ajiking Royal Pro 23lb
Leader: Ichiban Hybrid 1 20lb
Lure: Duo Spearhead Ryuki 50s, skema warna D59

Alhamdulillah

2 Minggu lepas punya dan minggu ni

Saturday, April 5, 2014

Ikan Bulan, Bukit Tengah Penang, siri satu


Hari ni pagi-pagi lagi pergi memburu ikan bulan di Bukit Tengah, Penang. Banyak sambaran, rezeki seekor sahaja hari ni alhamdulillah.

Rod: Daiwa Ardito 8-16lb
Reel: Daiwa Ryoga1016L
Line: Ajiking Royal Pro 23lb
Leader: Ichiban Hybrid 1 20lb
Lure: Duo Spearhead Ryuki 50s


Triple hook: 1 kena kat depan bibir 1 kena kat luar pipi

Ikan Bulan pertama saya dapat luar kolam pancing sejak menceburi dunia casting 2013