Saturday, October 5, 2013

Ikan Kapas Series 3

Nak dijadikan cerita hari Sabtu keesokkan harinya  aku pi lagi Jeti Semeling ni, maklumlah sekarang adalah musim ikan kapas. Kalau dilihat di jeti ni memang banyaklah kaki pancing berderet memancing. Dari usia semuda 3-4 tahun hingga usia senja, maklumlah memancing ni rilek.

Pemandangan Jeti Semeling dari bahagian restoran Kompleks Pelancongan Hutan Paya Bakau Sg Merbok

Ada yang datang dengan keluarga memancing kat sini, seronok juga mai satu team walaupun kita tahu memancing kat Jeti Semeling taklah sehebat nelayan muara sungai tetapi ikut rezekilah. Banyak usaha banyaklah rezekinya.

Sampai ja kat port kosong, aku pun labuhkan casdung aku (umpan berkail dan batu ladunglah), umpan yang aku pakai ialah udang putih dari market. Tunggu punyalah lama, tapi tiada hasil, cuma kadang-kadang tu disapa oleh ketam nipah. Ketam nipah ni kesukaannya makan beradab - digetunya sikit-sikit umpan kita dari mata kail tu. Tengok macam ada tarikan pada hujung joran...angkat ja..aik habis umpan? Hairan!!

Bahagian bercermin tu orang selalu main kugiran (jamming), bahagian bereba tu kawasan kengkawan ikan belanak selalu main

Terlihatlah satu gerak-geri pemancing yang agak berusia ni, memang cekap. Tauk ja casdung dalam sungai terus strike ikan kapas, tauk jer, ikan kapas balas (makan umpan). Tapi memandangkan pak cik nampak bersungguh mungkin cari rezeki kat anak bini...arghh malaslah aku nak kacau. Mmm bangau lagi..

Tiba-tiba pandangan aku teralih dek gelagat dua orang caster melihatkan set Bait Caster yang mereka bawa. Seorang nampak agak berusia dan seorang lagi nampak macam muda awal 40an. Walaupun usia agak berbeza tetapi mereka nampak serasi dan dari gaya mereka kelihatan pandai menggunakan set BC, ada chance aku nak belajar dengan depa ni.

Tup-tup caster yang berusia ni menyapa dengan bertanya "Ada main BC tak?" lalu aku pun menjawab "Ada main tapi untuk haruan sajalah" lalu aku pun menghulurkan set gewang katak yang aku beli. Tapi perhatiannya lebih terarah kepada gewang jenis minnow bersaiz 5-6 cm jenama strike pro yang aku beli dulu. Tapi memandangkan dia pun macam nak try set BC dia, aku pun teruskan aktiviti aku petang tu sambil lihat depa dok cast...kalau tak salah gewang kot.

Friday, September 27, 2013

Ikan Kapas series 2

Kalau tak belajar betui-betui memang susah. Apa apa hal Allah maha berkuasa... Berbalik cerita aku ngan ikan kapas ni, cerita dia petang hari tu aku pi balik Jeti Semelin maklumlah aku tak mau melepaskan waktu air pasang besaq ni. Finding (dengan izin speaker dewan parlimen) yang aku dapat untuk mancing kapas ni, kalau nak buleh (memperolehi) banyak mestilah pi waktu ayaq pasang besaq, waktu ni skala ke"galak"an ikan naik dari skala 3 kepada skala 10 bergantung pula ekuinoks atau solstace nya waktu tu (biasanya waktu solstace ni ikan akan lebih banyak lagi) kalau tidak Shimano reel takkan bubuh nama solstace pada series reelnya.

Ceritanya sebelum tu aku pi market pi beli udang putih dan mata kail saiz 5, cari umpun umpun "rata cherok" (sekitar) Sungai Petani tak tau tang mana. Maka aku pun kelam kabut pi Jeti Semelin. Umpan udang tu aku campakkan betui-betui kat tiang anjung utama jeti tu.

Tiba tiba ada dua sentapan yang agak lanjut mengena joranku, nak dikarau laju-laju reel ni, takut nanti tak sempat mencangkup kail...hmmm biarkan seketika kot. Dalam jangkamasa aku berfikir tu... ada dua lagi sentapan yang sama menyusul...hah soheh (sahih) lekat kot. Reel pun aku karau slow-slow sampai saja kat permukaan rasa joran agak berat. Mau tak nya..ikan buntal nak dekat sebesar botol minyak masak 1kg berjaya didaratkan (nak dekat senja dah). Dalam hati happy jugak laa dari "kumpoww berdarah" (slang pemancing apabila tiada langsung ikan diperolehi).

Apa jadi kat ikan tu...? Sebelum tu, ada ler sorang mamat Cina yang agak keterujaan dalam dunia memancing ni mai kat Jeti Semelin, berbekalkan set pancingannya berjumlah seguni baja Nitrat mai dengan bersungguh memancing udang galah, tapi muka beliau agak hampa kerana apabila ditanya kat aku tempat memancing udang galah kot belah Sungai Petani ni aku pun tak tau. Tapi oleh kerana dia memperolehi ikan buntal yang aku nak C&R kan  tu dia pun nampak happy balik.

Memang kalau pakai umpan udang putih, campak kat tiang, inilah hasilnya.

Sayangnya atas masalah teknikal, gambar berkenaan gagal diupload tapi spesis ikan buntal tu lebih kurang macam ni lah.

Buntal apa tah aku panggil Buntal Batik (Batik Lukis) dok Malaysia pakai batik lukis ler.
(credits to David Hajek at rybicky.net)

So finding yang aku dapat hari ni ialah ikan kapas memang tak berapa nak makan udang putih.




Monday, September 23, 2013

Ikan Kapas series 1

Minggu lepas, waktu pagi, hari Ahad aku pi Jeti Sungai Merbok di Semeling (local refer as Jeti Semelin), pi melihat aktiviti di Jeti ni, kelihatan ramai pemancing memancing di jeti  mungkin kerana masa tu air pasang besar. Maka aku pun menyapalah salah seorang pemancing di jeti ni tentang ikan yang dipancingnya.

Dialognya lebih kurang begini:-

A: Banyak dapat ikan bang.
P : Bolehlah..
A: Ikan apa ni bang?
P:  Kapas
A: Umpan apa bang?
P: Umpun-umpun kalau kau pakai udang pasar yang kecik-kecik pun boleh
P: Tak kenal ikan kapas?
A: Saya tak kenal bang, ikan kat market tu kenal lah sikit-sikit. Ikan muara sungai ni saya tak berapa pandai.
P: Ikan kapas ni kalau goreng sedap...ada rasa lemak-lemak dia skit.
A: Mata kail saiz berapa abang pakai.
P:  Saiz 5
A: Ok bang selamat! (Selamat memancing)
P: Ok ok

Ha dapat suatu ilmu...target pas ni mestilah pi market (pasar) cari udang..lepaih tu mata kail saiz 5, kedai Pancing Taman Pekan Baru ada kot?


Gambar ni adalah untuk artikel yang akan datang

Tuesday, September 10, 2013

Maaflah lama tak update blog, saya sibuk buat rak pancing ngan beg pancing

Gambar rak





Gambar beg pancing

Seluar yang mengalami carit di kangkang 





Saya memperolehi idea untuk buat beg ni dari En Jebon forum pancing.net


Jom casting¡¡


Saturday, August 31, 2013

Port Baru

Lepas aku pi kat satu port di tepi Sungai Muda, aku berpindah ke satu port area Kepala Batas jugak dalam usaha memburu ikan karnivor ini huhuhu. Melalui Google Wikimapia aku buat research tentang kawasan target yang akan aku pergi. Hari ini merupakan Hari Kebangsaan dan lebih kurang jam 7.00 pagi aku menyetart motorku dan memulakan perjalanan. Setelah sampai kat kawasan tu, aku recce lebih lanjut kawasan berkenaan dan berjumpa dengan satu port yang agak baik.

Tangan dihulur, spool pun dibuka, break dan gewang jangan dilupa.

Zereeeet, balingan pertama terbang, tatkala gewang mencecah air, karauan pun bermula

Memang agak hampeh pada pagi tu, tapi petang tu aku mai balik berbekalkan katak hidup (cremitti frog sesame street)